Thursday, 17 August 2017

Abang Speedmart - Kalau dah jodoh

Post aku yg previous cakap pasal vacancy di 99 speedmart kan ? tips and gaji kan ? Now aku nak story mcmana perkenalan aku dan 99speedmart ni bermula hehe.

Nak tau tak mcamana aku boleh berkenan nak apply kerja speedmart ni ?

Haa gini ceritanya . hehe 


Sebenarnya, kewujudan abg speedmart ni dah lama dh kat tmpt aku tu .
Tapi , aku tak perasan pun, sbb masa tu aku ada pakwe dh kat kolej . kah !
Acah-acah setia aa time tu . Lepastu, aku graduated , kmi long distance ah kan , ex aku tu di Sarawak , aku d semenanjung . Dipendekkan cerita , aku dan ex aku dah pun jadi EX . kah !

Then, mak aku lah start dulu cakap psl mamat ni , tp masa tu dia borak kosong je aa .
Lepastu, aku start laa usha abg speedmart ni . hehee

Tapi masa tu tak berapa nk usha laa , sbb tgh 'patah sayap hati' tak mmpu nak terbang cari lain , kah !
Lama2 dh tu , aku fikir , ''mcamane eh aku nk mula kan dgn mamat ni?"

Lepastu , aku ternampak advertisement vacancy kat branch abg speedmart ni , as asst branch manager .
Aku pun apply lah , tapi melalui online . 
Then , dpt call , suruh dtg interview .
Then , aku g lah interview tu , tp kat HQ dia laa . Direct Interview ke sana .
Lepastu , dapat ! yesss !

tp tak yess sangat lah , hahaha . Rupanya under transferable , so redha je laa kena hntar tempat lain , duhhh

Ingat kan dapat lah satu tempat dgn abg speedmart . kah ! gatal kan ?

Okay berbalik kpd niat aku nak minta 99speedmart td hehe .

Aku g kedai dia . Lepastu , aku g tegur dia , "awk , dah kawin ke ?"

Kau rasa ? apa dia fikir ? hahahaha .

Lpastu dia tanya , "ha ? kenapa?"

pastu aku jwb "Alaa jwb laa "

Dia buat muka pelik and jawab " belum -.-"

aku pun dengan snyum + gelabah nk mati , aku ckp " Nak number hp bole ?"

dia jwb " buat apa ?"

aku jawab laa , "sy ada apply managment trainee kat 99 bla bla bla" 

hahaha dan dgn mcm terpaksa dia serahkan number Hp dia hahaha .

comel kan dia ? wekk 

dan aku terussss laaa mengorat , sampaii laa lastly , dah almost 7 bulan aku mengorat , last2 dapat tahu , dia dah ada awek .


Kah ! apa laa nasib aku hahahah


dah laa baru lepas break up , lpas 2 mnggu break up, ex trus update gambo dgn gepren baru .

kah ! kelakar kan *mata ke atas


Tapi satu jelaaa aku nk nasihat kat adik adik yg muda2 tu ..
Mmg sakit putus cinta ni , tapi ingat , islam tak pernah pun suruh kita couple2 ni , 

so siapa yg cari penyakit ? ha ha haa aku ketawa~~


Macamni , korang try kuatkan diri , move on .

Once korang dah move on , trust me , korang akan bersyukur gilaa dapat dijauhkan diri dari orang yg tidak menghargai . 

N trust me , your pasangan yg kononnya till jannah tu pun akan dpt bahagian mereka .


Dan semoga yg hadir dalam hidup kita semua selepas ini ada jodoh dan bukan lagi ujiaan .

Tapi kan , ada satu ayat yg aku tak lupa , yg aku pernah bg ke abg speedmart . 
''Kalau dah jodoh ke perak juga" hhahaha , sbb kami dua2 org perak ngehehe . 
okay anak anak? habis dh cerita dongeng akak ni


 Next month , my orientation day at 99Speedmart . wish me luck okayy


dedaaa ;)

Wednesday, 16 August 2017

99 Speedmart - peluang pekerjaan

99 Speedmart .

Tahniah atas kejayaan yang dicapai , dah 1000 outlet berjaya dibuka . Outlet yg ke-1000 tu adalah di Seksyen 13 ..

Okay , 99 Speedmart , sekarang memang merata laa kan , so Job VACANCY pun memang merata lah kan .

Kepada yang nak apply jawatan Assistant branch manager (ABM) or branch manager (BM)  di Company ni , 
aku nak kongsi sikit lah tips tips or pekara yg korang kena prepare dari awal .

Memandangkan company ni mmg tengah membangun dengan pesat , 
pastinya menjadi tumpuan dari khalayak ramai untuk meminta pekerjaan di sini .

Tetapi perlu diingatkan , bg jawatan ABM / BM ,
anda under transferable , which means anytime kalau pihak HQ mahu transfer anda ke mana2 branch , anda mesti sentiasa bersedia.
Disebabkan itu, calon yg memiliki transport sendiri diutamakan . 
Agak susah untuk calon yg tidak mempunyai transport sebab anda akan diminta untuk melakukan tugasan luar juga .

Okay , tu part pergerakan lah , so make sure ada transport, at least motor .

Part temuduga pula ,

tak susah mana pun , just korang pastikan pakaian formal , untuk lelaki , jangan nak potong stylo sangat , pastikan kemas , pakai baju berkola .
untuk perempuan mudah , pakai biasa je , jangan pula pakai jeans okay .

TEMUDUGA dalam bahasa melayu . So takpayah nak risau sngt laa okay . Kalau tau basic2 english tu pun dh boleh 'go' la . okay je . Tak cerewet pun .


Gaji


Haaa , ni ramai yang tggu kan ? hahaha

taknak bgtau secara specific, tp gaji yg ditawarkan mmg puas hati . 

Setanding dgn kerja kerja yg korang akan buat . heee ;D 


Tapi biasanya , akan ada konflik sikit . sbb Company ada jual Arak , 

bab ni saya tak berani nak sentuh , kalau tak yakin , you better g refer dgn mana2 uztaz, tp kalau boleh minta laa beberapa pandangan dr beberapa orang uztaz n komen di sini ya . 

Sebab saya pun tak berani nak cakap apa apa . 

Yang saya tahu , kalau dah kerja undr company yg jual arak , mmg haram . Walaupun kita tak pegang , tp kita bekerja yg ada kaitan dgn arak pun dah haram .

Even though kita cuma bawa lori arak .

Wallahu'alam .

Jgn kecam saya , tp share lah pandangan kalian juga ya . 


Tapi saya start orientasi next month . Oyehh hehehe .

dedaaaaa ;)